Friday, May 30, 2008

PROGRAM MOTIVASI PEMANTAPAN KELUARGA, PELAJAR DAN GURU SMS TUANKU JAAFAR




Pada 17 Mei 2008 dalam Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2008/2009 telah bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan satu program motivasi yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan PIBG SMSTJ. Melalui persetujuan itu, tarikh pelaksanaan program telah ditetapkan pada 23 Mei 2008 iaitu hari Jumaat yang merupakan hari terakhir persekolahan Penggal 1 dan ibu bapa mengambil anak masing-masing pulang bercuti.




Program motivasi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Ibrahim Bin Ashaari yang merupakan Yang Dipertua PIBG SMSTJ. Antara pengisiannya ialah Bacaan Puisi oleh pelajar, guru dan wakil ibu bapa, Ceramah Motivasi, dan Sesi Soal-jawab. Aktiviti ini adalah program yang julung-julung kali dilaksanakan sepanjang tempoh usia SMSTJ 35 tahun. Semua perbelanjaan program ditaja sepenuhnya oleh PIBG SMSTJ.



Penyertaan dalam program ini adalah terdiri dari para pelajar, warga guru dan kira-kira 200 orang ibu bapa. Program ini boleh dikatakan berjaya kerana mendapat sambutan yang agak menggalakkan walaupun program ini merupakan program pertama dilaksanakan selepas mesyuarat Agung PIBG SMSTJ yang lalu. Dalam majlis itu juga pungutan Derma Kilat telah dilakukan dan hasil daripada pungutan derma tersebut ialah sebanyak RM845.00 dan wang tersebut telah diserahkan kepada Bendahari PIBG SMSTJ untuk disimpan untuk digunakan dalam urusan yang berkaitan dengan PIBG sekolah.




Semoga dengan program ini ianya sedikit sebanyak akan memberikan input yang baik serta impak yang mendalam. Apa yang diharapkan program ini dapat meletakkan nama SMSTJ sebaris dengan SBP yang lain di negara ini dengan menduduki senarai yang teratas.

No comments: