Friday, April 24, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, sekali lagi akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 yang merupakan aktiviti tahunan. Mesyuarat ini akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sri Bestari SMSTJ.
Mesyuarat Agung pada kali ini akan dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Hassan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.
Antara Agenda Utama yang akan dilaksanakan dalam mesyuarat Agung tersebut ialah :

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Ucapan / Laporan Pengetua Kanan SMSTJ
3. Pembentangan Dan Penerimaan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-29
4. Perkara-perkara Berbangkit Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-29
5. Pembentangan Laporan Tahunan Kegiatan/Aktiviti PIBG Sesi 2008/2009
6. Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan PIBG yang telah diaudit.
7. Pembentangan Khas Sumbangan PIBG 2009
8. Pembubaran AJK 2008/2009
9. Pelantikan Pengerusi Sementara
10. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2009/2010
a. Yang Di Pertua PIBG
b. Naib Yang Di Pertua PIBG
c. Setiausaha Kehormat
d. Bendahari Kehormat
e. 10 orang Ahli Jawatankuasa Kecil
-5 wakil guru
-5 wakil ibu bapa
11. Pembahasan Dan Penerimaan Usul-usul AJK dan ahli-ahli PIBG 2009/2010
12. Hal-hal Lain
13. Ucapan Penangguhan

Semua guru-guru dan ibu bapa dijemput hadir demi kemajuan anak didik SMSTJ

No comments: