Saturday, April 25, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SMSTJ KALI KE-30 BERJALAN LANCAR

Tanggal 25 April 2009 PIBG SMSTJ sekali lagi mengukir sejarah untuk tahun 2009 kerana telah berjaya menjalankan mesyuarat agungnya dengan lancar dan berjalan dalam suasana yang harmoni tanpa sebarang masalah.
Perasmian Mesyuarat telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Hassan Bin Malek, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Banda dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Dalam ucapannya beliau telah mengharapkan agar SMSTJ menjadi sekolah yang terbilang dan dikenali ramai dan membanggakan beliau. Beliau juga menasihatkan agar ibu bapa sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen pada sekolah demi anak didik di SMSTJ.
Semua agenda yang ditetapkan dapat diikuti dengan jayanya oleh semua ahli-ahlinya. Senarai jawatankuasa baru juga telah dilantik dengan mengekalkan beberapa orang AJK lama dan menggantikan beberapa orang AJK Baru kerana mengisi kekosangan yang berlaku.
YDP PIBG iaitu Dr. Ibrahim Ashaari dan NYDP Tn. Hj. Ramli Bin Omar dan beberapa orang AJK Lama telah dikekalkan sebagai AJK PIBG berdasarkan persetujuan ramai melantik semula AJK sesi yang lepas dan menggantikan mana-mana kekosongan yang berlaku.
Berikut ialah senarai AJK PIBG untuk Sesi 2009/2010 :
Yang Dipertua : Dr. Ibrahim Bin Ashaari (019-2380256)
Naib Yang Dipertua : Tn. Hj. Ramli Bin Omar (019-6237261)
Setiausaha : Tn. Syed Azlan B. Tuan Abdullah (013-3263256)
Bendahari : Pn. Nur Saliza Bt. Mansor (013-3601599)
AJK Ibu Bapa :
1. En. Kamarul Zaman Bin Sharih (017-3671952)
2. En. Aziz Jaffar Bin Mohamad Sharif (017-6721673)
3. En. Ishak Bin Zainal (012-2420620)
4. En. Azaman Bin Amat (017-6297147)
5. Pn. Nor Latifah Bt. Ab. Latif (019-3544234)
AJK Guru: Lantikan Sekolah (akan dimaklumkan kemudian)
Pemeriksa Kira-Kira :
1. En. Jaafar Bin Abdul Malek. (019-3710863/014-2332097)
2. Lantikan Sekolah
Semoga AJK baru yang dilantik ini dapat memberikan komitmen yang padu dan mantap untuk menjayakan agenda PIBG dan sekolah khususnya.
Antara usul yang telah dipersetujui ialah :

1. Prep malam wajar dilaksanakan selepas Isyak, sekaligus menghindarkan pelajar ponteng solat. Solat perlu diutamakan sebagai akar umbi pembinaan insaniah dalam kalangan pelajar.
En. Aris B. Taulif

2 Bilakah perkhidmatan dobi di sekolah akan berfungsi sepenuhnya bukan penyediaan tander. Ramai kalangan pelajar tidak menggunakan kaedah mengambil dan memulangkan kembali baju baju yang telah dicuci
En. Samsuri B. Samsudin

3. Keadaan lalulintas agak sesak ketika menghantar dan mengambil anak ketika cuti panjang atau balik bermalam. Apakah peranan pihak sekolah menangani masalah ini.
Pn. Zailina Bt Alias

4. Terlalu banyak kucing di dalam dewan makan SMSTJ sehingga menjejaskan keselesaan pelajar ketika waktu makan, kadangkala najis dan baunya meloyakan pelajar, keadaan ini harus ditangani segera agar keadaan dewan makan bersih dan elak makanan tercemar.
Pn. Zainab Bt Mohd Yusuf

5. Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah kecurian yang sering kali berlaku terutamanya di asrama. Hal ini turut berlaku kepada anak saya sendiri bukan sahaja duit malah barang-barang lain juga turut hilang. Cadangan saya pasang CCTV.
En. Ibrahim B. Hashim

6. Masalah air kerap berlaku di asrama. Cadangan saya, sediakan kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan pembinaan tangki air khas di asrama sebagai langkah jika berlaku kecemasan.
En. Mohamad Ridzuan

7. Perbanyakkan aktiviti keagamaan, bagi melahirkan ramai ahli bijak pandai dalam kalangan pelajar yang lebih berakidah
En. Badrul Hisham B. Mohd Hashim

8. Elakkan program dilaksanakan pada hari Ahad. Beri peluang kepada pelajar mengurus aktivitinya sendiri.
En. Zaiton Bt. Ahmad

9. Melantik Klinik Swasta yang dipilih untuk dijadikan panel perubatan kepada semua pelajar SMSTJ.
AJK PIBG Sesi 2008/2009

10. Wujudkan Cyber Café di asrama melalui wang Tabung Komputer dan komputer dilengkapkan secara berperingkat untuk kemudahan pelajar di asrama
AJK PIBG Sesi 2008/2009
Semua usul ini telah diterima dan akan diputuskan dalam Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2009/2010 untuk tindakan susulan.
Semoga mesyuarat Agung ini akan menjadi titik tolak kepada perubahan besar terhadap SMSTJ.
Dilaporkan oleh ;
En. Kamarulzamri B. Bakar
Setiausaha PIBG Sesi 2008/2009

No comments: